Sunday 21 August 2011

Anwar dan Pluralisme...bacalah apa pandangan beliau..

Ucapan Anwar Paling Kontroversi di LSE : ‘Religion and Pluralism in a Divided World’

Berikut merupakan terjemahan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling kontroversi di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 yang sedang hangat diperdebatkan di kalangan golongan intelektual Malaysia.
Ucapannya itu bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia). 
Walaupun ucapan ini telah ditarik balik di blognya, namun ucapan asal masih boleh diakses di laman newasiarepublic.com, manakala rakaman Audio ucapannya boleh didengari di sini

Berikut disertakan terjemahan ucapan Anwar yang kontroversi tersebut:-

Biarlah saya bermula dengan baris (puisi) yang penuh padat makna rahsia dari gubahan T.S. Eliot, bertajuk ‘Burnt Norton’
Pergi, pergi, pergi kata burung itu: Umat manusia tidak mampu lagi menanggung realiti.
Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation). 
Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya.
Dalam kalangan masyarakat Kristian, kita diperlihat kemunculan perpecahan-perpecahan dan akibat dari pergolakan-pergolakan yang timbul berpunca daripada sikap dan kefahaman tertutup (exclusivity) ini.
Di kalangan umat Islam, fahaman kumpulan Sunni, Shi’ah dan Sufi mempunyai sejarah yang penuh dengan kepelbagaian turun naiknya dan terus menerus menunjukkan kepada dunia satu senario keganasan dan pertumpahan darah.
Tentangan terhadap Muslimin yang berpindah ke Eropah menjadi lebih pahit lagi berikutan peristiwa selepas 9/11 dan 7/7, yang menguntungkan parti-parti politik sayap kanan, (hasil) daripada pusingan baru ‘xenophobia’ (kebencian dan ketakutan rakyat asing) dan kempen menakut-nakutkan (kepada ancaman militan Islam).
Pengharaman Perancis terhadap ‘burqa’ (wanita muslim memakai jubah yang hanya nampak mata) menimbulkan emosi yang amat hangat dari kedua belah pihak, tetapi ramai Muslimin menggaru-garu kepala mereka dengan kehairanan apabila Switzerland mengharamkan kubah-kubah (pada masjid di sana).
Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :
Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).
Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu. 
Dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia?
Jalan kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan.
Kita bergembira mengecapi keindahan, (baik) di dalam diri kita sendiri dan juga di sekeliling kita. Kita rindu kepada ilmu pengetahuan, kedamaian dan keselamatan di tengah-tengah misteri dan ketidaktentuan alam semesta.

Kanak-kanak pun hendak dikristianisasikan???

              

Panas!!!!Pendedahan gempar..kanak-kanak Melayu yang mengikuti tuisyen turut didedahkan kepada agama Kristian..malah anak-anak ini turut boleh menghafal lagu2 gereja...betapa mudahnya gerakan Kristianisasi bgerak...pendakwah Kristian ini begitu aktif antaranya dengan mengula-gulakan anak-anak ini dengan pelbagai bentuk habuan...Apalah yang anak-anak ini faham...


Solat di gereja...diperolok-olokkan..

Tengok apa nak jadi dengan budak2 zaman skrg ni..makin lama makin kurang ajar...patutla semakin ramai org Melayu berani murtad...malah ada yang sanggup mengaku secara terang-terangan...Ya Allah selamatkan akidah seluruh umat Islam di Malaysia nie...

Saturday 20 August 2011

Murtad Hak Revathi-Lidah Biawak menjelir lagi..

Tengoklah apa pandangan Anwar mengenai kes murtad siti fatimah@revathi ni plak...memang dia ni betul2 tidak memikirkan ttg implikasinya thadap masyarakat Islam di Malaysia..Demi mengejar cita2 politik dan mdapat sokongan dia sanggup berbuat apa shj...tolonglah buka mata wahai penyokong Anwar..xkan hangpa ni mbabi buta sokong lagi...fikirlah demi masa depan anak2 kita..

Murtad...Anwar lidah biawak


Melihat kepada apa yang hangat berlaku baru-baru ini kita hendaklah melihat kembali apakah yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Cuba lihat kenyataan Anwar semasa interview bersama BBC mengenai kes murtad Lina Joy. Nampak sangat dia ni lidah biawak..kat Malaysia cakap lain kat luar negara cakap lain...Adakah dia ni yang anda nak sokong dan jadi PM??Fikir2 kan lah...

Pejuang Bangsa


Serbuan JAIS di DUMC


Melayu oh Melayu

Kenapa orang Melayu ni terlalu baik sampaikan dengan mudahnya boleh diperkotak katikkan oleh bangsa lain. Sedarlah orang Melayu sampai bila anda nak biarkan maruah anda dipijak. Bangkitlah, bangunlah bahawa anda sedang dijajah!!!!!